Buat Dirimu Yang Bergelar Suamiku Kelak

Dari naluri hati seorang wanita :

Khas buat insan yang akan menemani ku hingga ke akhirnya yang bergelar suami :
Aku akan menjaga setiap langkah perjalananku…
Aku akan menjaga setiap tutur kataku…
Aku akan menjaga setiap diriku dari pandangan orang lain…
Insya Allah…

Aku akan berhias tuk dirimu…
Aku akan menjaga makan minummu…
Aku akan menjadi permaisuri hatimu…
Insya Allah…

Aku akan menjadi kekasih yang setia untukmu…
Aku akan menjadi isteri mithali bagimu…
Aku akan menjadi ibu untuk anak-anakmu…
Insya Allah…

Tapi…berjanjilah untuk membawa aku bersamamu menuju Syurga
Kau menjadi imam bagi rumahtanggaku…
Kau menyayangiku apa adanya…
Kau mencintaiku setelah kau mencintai ALLAH dan RASUL…
Insya Allah…

Dari kata hati seorang wanita :

Tak minta yang SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sangat…
Tak minta yang bergelar USTAZ, sebab saya lagi jauh untuk bergelar USTAZAH…
Nak minta yang KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yang ada…
Nak minta yang HENSEM, saya tak la CANTIK sangat, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan…
Nak minta yang BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA…
Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya …
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama-sama mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina…
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia…
Sesungguhnya tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.
""
B Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sue ! Like Kalau Suka ! B

kebahagiaan awak keutamaan saya !

Assalamualaikum uolls . how's your day today ? demam aku dah semakin pulih . *demam rindu* sakit sangat kat badan nie dah lah semalam terjadi perkara yang tidak elok dekat aku . *korang nak tau jugak ek ? sibuk jea tau ! okay lah aku kasi tau tapi sebelum tu nyanyi lagu HAPPY BIRHTDAY umtuk sue dulu ! heeeee ;) semalam aku hampir-2 nak accident tapi alhamdulillah segalanya dapat dikawal . nasib baek jalan yg kitorg lalu time tuh takde kete laen , kalau tak nauzubillah !

well as korang semua tau , pada 28 JANUARY 2012 . aku akan sambut hari lahir aku yang ke 19 tahun . *jyeahhhhh dah semakin tua tapi semakin tak matang ! and in the same time there's lot of things that i wish for my upcoming birthday and im gonna list all of it here so that korang bole lah sumbang sikit-2 kann ? kann ? kannnn ?

-nak belon banyak macam nie bole-

aku nak sambut birthday aku kali ini bersama org yg aku tersangat sayanggg ---> MEGAT FARIS  *sayangggg , saya tak kesah kalau awak dah cancel semua yg awak dah booked utk sambut birthday saya sebelum ini tapi yang saya paling kesah kalau saya tak dapat luangkan masa bersama awak di hari bersejarah saya nanti .*

aku nak jadi seorang anak , teman , kawan , kekasih , kakak  dan juga seorang adik yang setia kepada orang yang aku sangat kasihi dalam hidup ini .
*UMI & PAPA  doakan kejayaan anakmu disini dan menjadi seorang insan yang berguna dalam dunia ini . KAWAN-2 , terima kasih kerana setia menemani aku dikala aku dalam kesusahan . BFF-2 aku ,  NUR AMALINA | FATIN FARHANA | NUR AKHMAR SYUHADA | CIK LYENA | CIK PIEYA korang memang kawan rapat yang terbaik pernah aku ada . aku bersyukur kerana dikurniakan teman yang memahami seperti korang . 

aku berharap pada tahun ini akan makin bertambah kematangan aku dalam menghadapi dunia yang sangat menakutkan 
*semoga diri ini bertambah matang dalam menghadapi segala masalah dan apa jua yang berlaku dalam hidup aku ini seperti mana meningkat nye usia aku . dan semoga segala keputusan yang aku lakukan adalah yang terbaik untuk diri aku dan juga orang lain yang berada di sekeliling aku .* aminnnnnnn ~

semoga diri ini makin cekal dan tabah dalam menghadapi dugaan dari yang MAHA ESA !
*semoga tiada lagi tangisan halus setiap kali di duga dengan berbagai-bagai dugaan . semoga diri ini menjadi hambaMU yang tabah dan cekal untuk terus menjalani kehidupan seharian yang penuh ranjau dan duri . aku mungkin bukan manusia yang sempurna tapi aku akan cuba untuk menjadi yang terbaik di kalangan orang-2 yang sempurna .*

nak hadiah yang BESARRRRRRRR PUNYERRRRRRRRRRRRR !
*HAHAHAHA well sebenarnye aku tak kesah hadiah tu mahal ke murah ke , besar ke kecik ke janji korang ikhlas nak kasi kat aku . *coklat HUDSON 10sen pun aku terima tau* 
tapi aku tak kesah sangat pun pasal hadiah nie sebab bagi aku hadiah yang paling bermakna adalah korang semua ingat birthday aku . tu jea *winkwink . heeeeeeee ;)
DOMO-KUN *yang besor uh . aku nak gigit-2 jea gigi dia tuh* , PENGUIN yang comeyyyyy , DOLPHIN *the most wanted* , BEAR yang besar tu tak kira lha dia tulis i love you ke , i miss you ke , happy birthday ke , kalau dapat yang I HATE YOU pun aku terima lagi tau & BANTAL PELUK *aku takleh tido kalau takde bantal peluk* hehehehehehehehehehe

Treat your girl right, guys Plain and simple. ;)

Assalamualaikum uolls . haaaa gempak kang entry aku tuh !

Well I know it can be hard to please her sometimes , but it’s worth it in the end . *trust me* 

Remember that she’s  your happiness , your world . She should be the first person you talk to in 

the morning , and the last person you whisper “Good night” to . Unlike some of your friends , 

she’s  going to be there for you when you’re the happiest , but more importantly , when you’re at 

your lowest . She’ll cook for you and care for you , so treat her like a queen. Girls are delicate 

creatures. Think before you say. Think before you act. They take every little mistake you make 

and multiply it by a thousand. So try not to mess up, aight ? When you’re fighting, sometimes it’s 

better to put your relationship  before your own pride. You’re not helping yourself by making her 

upset, bro. And never, ever, under any condition, let her go to sleep crying. She’ll resent you for it 

for the rest of your days. 

Don’t forget to make her feel special everyday. Open doors, go shopping with her. Hell, 

make dinner for her! The more you show her you love her, the more she’ll give you in 

return. Remember that an “I love you” via text is never as special as one in person. And 

show her off to your friends , don’t be ashamed of her. She’s never been ashamed of 

your dorky ass. Look, she doesn’t really need much in a relationship , she just wants to 

feel like she matters to you. That’s not asking for much, bro.

But if you haven’t learned a thing from reading this, remember this. Love her unconditionally, 

loyally, and keep her close. Love her with everything you’ve got: emotionally, mentally, and 

physically. Because I swear, if you won’t treat your girl right, someone else definitely will.

abang ..... saya rela berMADU !

Hah, amacam ? Ada berani cakap macam tu kat suami / bf korang ?

Sembang kencang kan? Kalau sekali lelaki menyuarakan hasrat nak kawen lain , confirm pinggan mangkuk bantal katil rumah semua terbang jadi UFO . Betul tak? Boyfriend ada perempuan lain pun dah mengamuk. Baru boyfriend tu. *terasa -.-"*

Ini pendapat aku, sekadar pendapat aku. 

Kalau aku, mungkin aku redha. Ataupun pasrah. Aku tak tahu yang mana lagi. Sebab redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. Kan?

Aku selalu cakap, aku tak kisah bermadu, kalau madu aku tu tak kisah jugak la. Isteri nombor berapa dan berapa tu wallahualam. Kalau, lelaki tu mampu. Kalau aku dan isteri/bakal-isteri tu yakin dia mampu. Kalau bakal madu aku perangai tak macam celaka. Kalau Allah izinkan.

Aku taktau sejauh mana aku punya willingness. Tapi aku tau bukan semua perempuan willing untuk share her husband. 

Orang akan mengata. Aku tak faham konsep mengata nie sebenarnya. Tak kahwin ada fitnah, takkan dah kahwin pun masih nak memfitnah?

Lelaki bujang masih ramai? Aku tak nafikan, masih ramai lelaki bujang. Tapi lelaki bujang sekarang, asyik dengan prinsip, "muda lagi bro, kita enjoy dulu". Kamon bro, kalau tunggu kau, umur dekat 30 baru nak kahwin, ingat rahim aku kuat sangat nak beranak banyak banyak? 
Satu fakta, perempuan nie better beranak sebelum umur menjangkau late 20's. Risiko untuk dapat penyakit tinggi if kau beranak time dah tua. After 30 is considered as tua for rahim nie tau! Kenapa tetiba aku cakap pasal rahim segala nie? F-off! 
Sebab tu perempuan sekarang sanggup jadi second wife, asalkan ada orang nak jaga dia, ada orang nak sayang dia. 

Ada lelaki tak setuju dengan poligami, ada yang memang suka sangat bab poligami. Lelaki nie masalah jugak, yang mampu, tak berapa nak minat dengan poligami tapi yang tak mampu yang kalut sangat. Serious, kalau nak sangat berpoligami, tolonglah pastikan kau mampu, sebelum rumahtangga kau hancur semua.

Kau perlu mampu sediakan keperluan asas kepada semua, kau perlu mampu adik, bahagikan masa dan wang ringgit kau. Kasih sayang? Tipu kalau kau boleh bahagikan kasih sayang sama banyak dekat isteri isteri kau, pada aku, kau perlu sayang isteri tua lebih, sebab kalau dia tak sign surat, kau ingat kau boleh kawen? HAHA.

Bermadu ni indah sebenarnya. Kalau masing masing pandai bawa peranan masing masing. 

Hukhuk. Apa apa pun, berfikir sebelum bertindak. Fikir dulu wajar atau tak kau jatuh cinta pada suami orang. Fikir dulu, adakah kau mampu menjadi suami yang adil. Fikir dulu sama ada kau kuat atau tak untuk berkongsi suami. Fikir.

Aku tak habis fikir lagi.

Kenapa dalam dunia perlu ada manusia yang tak tahu menghargai ?

Rasa nak maki kan baca benda aku merapu nie ? Pergi mampuslah.

Kenapa kita kena ada hati, ada perasaan ? Kenapa manusia perlu cinta, perlu rindu, perlu segala kasih dan sayang ?

Aku perlukan jawapan.

Kenapa dalam dunia perlu ada manusia yang tak tahu menghargai ? Kenapa perlu ada manusia yang tak pandai mengerti ? Kenapa perlu ada manusia yang langsung tak memahami ? Kenapa ?

Jiwa aku separuh mati.

Kenapa bila suka, kita keharuan ? Kenapa bila cinta, kita turutkan ? Kenapa bila rindu, kita agungkan ? Kenapa bila sayang, kita tak ketahuan ?

Hati langsung tidak berfungsi.

Aku tak mampu jatuh hati lagi. Aku tak mampu menyentuh cinta. Aku tak mungkin akan bahagia. Aku manusia yang tiada sempurna, tiada apa apa.

Aku lemah.

Mungkin kau nampak ketawa. Mungkin kau nampak cahaya. Mungkin kau nampak bahagia. Mungkin kau nampak indah belaka. Pada aku.

Penipu.

Mata kau boleh menipu. Mata kau memandang pada yang palsu. Mata kau mentafsir rupa bukan isi. Mata kau masih kelabu.

. Kau bukan yang terbaik pun , tapi kau nak demand yang terbaik . Apa kejadah kan ?

Aku lihat kiri kanan sekarang , aku rasa manusia terlalu memilih pasangan hidup mereka . Memilih yang terbaik tanpa sedar diri sendiri juga masih belum sempurna , masih bukan yang terbaik . Kau bukan yang terbaik pun , tapi kau nak demand yang terbaik . Apa kejadah kan ?

Tapi, aku tak nafikan, dalam zaman dunia yang serba moden, kalau kita betul mahu menjadi yang terbaik kita perlu mencari yang terbaik. Betul ? Manusia manusia moden dah tak kisah perempuan merokok, yang dah tak kisah pasal halal haram. Takkan menjadi yang terbaik diri kita kalau pasangan yang kita pilih nanti halal haramnya masih tunggang terbalik kan?

Aku sendiri mahukan yang terbaik. Dan aku mahu menjadi yang terbaik untuk dirinya.

Sekurang kurangnya, dia mampu kejutkan aku untuk sama sama solat Subuh bersama. Aku cukup bersyukur. Sekurang kurangnya, aku mampu menyediakan sarapan pagi sebelum dia ke kerja. Aku cukup gembira.

Dan dalam proses mencari yang terbaik untuk diri kita, kita perlu meluaskan pergaulan. Tak semestinya kau perlu ke kelab malam untuk bersosial, untuk mencari kawan baru, untuk menambah kenalan bukan ?

Aku sangat tak setuju bila kau kenal dengan seseorang dan kau terus membuat kesimpulan bahawa hidup mati kau hanya untuk dia. Kau kecilkan dunia kau untuk seorang manusia yang belum tentu jodoh kau. Kau masih ada banyak pilihan. Masih ramai manusia lain di luar sana.

Cinta tak buta, kita yang dibutakan oleh cinta.

Jangan menjadi buta sehingga tak nampak yang lain. Jangan.  Hidup terlalu banyak pilihan, jangan salah dan jangan terburu buru memilih. Tapi kau tetap perlu pilih. Jangan jadikan hidup kau seperti tiada pilihan yang lain.

Buka jendela hati kau, supaya mata hati dapat melihat dengan jelas apa rintangan, kejayaan, bahaya, dugaan, saingan yang ada di hadapan.

Dia ada di luar sana :)

Benar cinta melemahkan jiwa.

Menaip laju rasa hati di sini sana. Terkesan sehingga terburai segala isi telaga air mata aku ini. Kuatkanlah hati hambaMu ini, ya Rabb.

Benar cinta melemahkan jiwa. Benar cinta menghantu rasa.

Sayang, hati aku tak pernah menipu. Tak pernah ucap benci di mana dalam hati kecil aku sangat mencintai dirimu . Tak pernah sesaat pun diri ini tidak merinduimu kerana aku rindu . Aku tak ada benda nak janji . Aku tak ada harta nak bagi. Tak ada apa apa.

Aku bukan manusia sempurna. Aku tak cantik macam gadis lain . Aku bukan masterchef Malaysia. Tapi, aku cuba buat yang aku mampu untuk buat kau bahagia. Kalau ada ruang dan peluang untuk aku buktikannya.

Hati sungguh bekerjasama dengan jejari sekali lagi.

Sekali lagi.

aku ada perangai perempuan yang (-.-") itu. Let see.

Salam sejahtera ....

Entry aku hari nie memang entry menyentap. Mampus kau lah nak baca ke tak, lagi mampus kau nak terasa ke tak.

Aku rasa aku faham kenapa aku manusia yang tak boleh tahan dengan couple couple thingy mahupun scandal scandal thingy nie, Aku rasa la. Sebab aku ada perangai perempuan yang (-.-") itu. Let see.

Busybody. In terms of what? Ini adalah jenis jenis yang kau kat mana semua dia nak tau. Serious. Kau keluar dengan sapa, naik apa, pukul berapa pergi, pukul berapa balik semua. Oh annoying kan dengan perempuan macam nie? Aku faham. Sebab orang selalu akan annoyed dengan aku jugak. Hikhik.

Insecured. Perempuan bila dia ada satu perasaan insecured, perangai dia akan jadi macam celaka. Dia nak tahu siapa dia di hati kau. Dia nak tahu kau ada orang lain atau tak. Dia nak tahu siapa perempuan ada sebelah kau setiap kali dia dengar suara perempuan. Dia sebenarnya takut, takut sangat dipermainkan. That's why.

PERHATIAN. Come on la. "Do you expected me will text you like 24/7?" No, of course you not dude ! I need you to be more concerned about me. I want you to know that I miss you. I want you to at least show some care ! Perempuan nak perhatian. Aku pun tak tau nak explain macam mana, tapi perempuan, mana mana perempuan pun memang nakkan perhatian. Dalam busy busy kau tu, langsung kau tak boleh selit 2 minit untuk hantar msg dekat dia? 2 minit je bro, bukan dua hari pun.

Sebenarnya, benda nie lebih kepada peribadi sebab aku rasa dia dah sampai limit yang perasaan menyampah membuak buak dekat aku. Sebab perangai aku kan tak matang, semua benda nak post kat facebook , apa apa nak up status. Bila masa aku matang masalahnya?

......................................................................................................................

Dear you, someone who I miss dearly, aku tau kau rasa aku menekan kau. Kau cakap kau perlu masa 2 3 hari. Kau ada banyak benda nak setel, semua benda kau buat sorang, ada masalah itu, ada masalah ini. Kenapa kau tak pernah cuba rapatkan jurang antara kita? Kenapa kau tak pernah cuba cerita? Bila kau terjebak dengan aku, you're in a deep shit! You should have know that. Kau ada seseorang yang istimewa dalam hati, aku tau tu. Tapi kenapa nak libatkan diri dengan aku lagi? Kepuasan diri? Kau tau kan, friendship kita susah nak diselamatkan bila jadi macam nie? WTF sekarang baru nak fikir pasal friendship segala. Bila aku cakap it's over, kau persoalkan, kau macam taknak get over this thing tapi kau tak try untuk figure out apa yang sedang berlaku jugak. I've been waiting, patiently. Tapi kau buat aku macam tak wujud pun. Aku tau, even kau cakap 'I love you' dekat aku, itu bukan dari hati kau. Dan kau tau ada perasaan sayang yang berputik dalam hati aku untuk kau. Kau sedar benda tu. Jangan risau, aku delete perasaan aku, sekali dengan diri kau. Jangan risau okay?

pergi MATI lah !

Penah tak korang stress melampau? Stress ye bukan histeria. Alhamdulillah aku stress takda lah sampai histeria semua.

Ye. Aku dah tukar numb. Facebook aku dah tak wujud. Friendster dengan Myspace tak payah cerita. Dah berkurun aku tanam. Blog nie tunggu masa je aku nak buat untuk invited readers sahaja. Kalau terasa nak baca aku invite korang untuk hantar email dekat aku siap siap. Email aku? Cari sendiri.

Pelarian? Ye. Aku dah sangat pelarian sekarang. Aku pun tak faham. Tujuan asal aku nak nyah melingkup dari hidup seorang manusia je tapi last last jadi banyak plak. Bukan ah long ye. Aku tak pernah la pinjam duit dari mana mana ceti haram. Aku cuma lari dari kenyataan yang pahit. Sebab aku nak teruskan hidup aku yang manis.

Aku penat lah menangis untuk sesuatu yang tak perlu. Aku penat lah jatuh hati pada orang yang salah. Aku percaya dengan takdir dan aku redha.

Aku benci kau
 kau , kau , kau dan kau. Dan sesapa ja aku rasa nak benci. Senkian :)

tikam lompat ke lompat tikam ?

Assalamualaikum semua ;)

Apa kes nak tikam tikam and lompat lompat nie kan ? Ada nama sejenis kuih tu , tapi aku tak ingat tikam lompat ke lompat tikam . Tapi yang penting aku bukannya nak cakap pasal kuih tu pun.

Aku ada satu persoalan , korang pernah tak ditikam dari belakang ? Lepas tu korang nazak macam Safwan Anang? Eh? Apa kaitan Safwan Anang? Tak lah. Contoh je tu, mesti kau nazak kejap je lepas tu segar bugar balik sebab tu kau boleh baca blog aku sekarang. Kahkahkah. Jangan tikam aku please!

Selalunya tikam dari belakang nie paling menyakitkan bila dilakukan oleh orang yang dekat dengan kita, macam adik beradik or besties. Serious boleh rasa nak korek tanah then tanam diri sendiri. 

Tikam belakang in terms of orang tu rampas boyfriend or girlfriend kau la atau mungkin jugak crush kau? Belakang kau, sebab tu panggil tikam belakang. Kalau depan depan kau dia buat tu tikam depan. Logik la kan?

*******************************************************

And let go.
Aku sesungguhnya tak tahu apa nak buat kalau benda macam nie jadi. Tapi aku boleh la kot nak suggest apa yang perlu dilakukan. *kelingnya aku*

Pertama sekali, kau kena break up, putuskan hubungan, clash, dan seangkatan dengannya. Eh, kenapa kau kena buat macam tu? Kamonlah babe, kau boleh nak tengok laki kau menjeling jeling dengan adik kau lepas kau kawen? Blergh. Aku tak sanggup babe. Kecualilah kalau kau sanggup, memang tak ada apa apa yang mampu aku ucapkan kepada kau.

Kemudian, kau kena memaafkan. Sebab macam mana sekalipun, orang tu tetap adik beradik kau atau bestfriend kau. Lagipun kita nie memang perlu memaafkan orang lain, kesian nanti dia meninggal dalam keadaan belum dimaafkan dosa sesama umat. Eh, berdosa ke rampas kekasih orang? Bhahahaha. Kekasih kau? Maafkan lah jugak. Maafkan dia tak bermakna kau kena terima dia kembali dalam hidup kau. Faham?

Move on dan cari pengganti. Be happier than you've been before. Kalau pun ex kau nak stay dengan bff or adik kau, let him/her be. Kau boleh kot cari orang lain, yang mungkin lebih baik. Lepas tu kau tayang depan diorang berdua. Kalau ada cubaan merampas kali kedua, aku syorkan kau tikam je bff or adik, abang, kakak kau tu. Serious nie serious. HAHAHA. 

Itu je kot yang kau perlu buat selain daripada makan, menangis, shopping, tidur. Orait?

Perkara macam nie terjadi. Mungkin 1/100 tapi terjadi. Jangan pulak lepas baca terus nak pergi stalk orang paling rapat, sebab saja nak tengok possibility. Saja ja tetiba terfikir isu nie. Kuikuikui.

kenapa awak jahat sangad kat saya ?

awak tau tak awak jahat ?
awak selalu buat saya rindu mati kat awak.
awak selalu buat saya gila bayang kat awak.
awak selalu buat jantong saya tergelincir bila terbayang awak.

walaupun awak keras.
walaupun awak kasar.
walaupun awak garang.
tapi awak tetap sooooo veli de lomantik di mata saya.

bila awak marah, saya rasa macam awak tengah ucapkan kata chenta teragong pd saya.
bila awak jerkah saya, rasa macam awak tengah bagi seperais kat saya.
bila awak buat muka garang awak tu, rasa macam awak tengah bagi senyuman paling manes dan mengguda pada saya.

awak tau itu semua? huhuhuhuhuhuhuhuuu~

awak memang jahat sebab awak dah buat saya gila mati kat awak!

arghhhhhhhhhhhh! jahat awak jahat!

p/s: baru berapa jam tak jumpa, saya dah sawan rindu kat awak. antirindu saya xkuat lah 

Berhati-hati bila berCINTA !

Adakah anda salah seorang yang tersenyum apabila membaca perenggan-perenggan di bawah? Saya adalah salah seorang yang tersenyum. Senyum kerana terkena pada diri sendiri atas sikap yang lalu. Senyum tersebut yang pada mulanya rasa suka bertukar menjadi duka. Senyum bertukar pada pemikiran. Berfikir akan sebuah lagi sifat-sifat yang berada di dalam diri kita semua. Namun, jika ingin bercinta, berhati-hatilah. Bercinta bermakna sedang menghadapi risiko. Risiko yang terlalu banyak pengorbanan. 

Khas buat teman-temanku jika membaca posting ini. Aku tidak tahu menasihat kamu tentang cinta......

Kepada yang masih SINGLE...

Cinta ibarat kupu-kupu.
Makin kau kejar, makin ia menghindar.
Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan
menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu
tapi sering pula ia menyakiti,
Tapi cinta itu hanya istimewa
apabila kau berikan cinta
kepada seseorang yang layak menerima.
Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN...
Cinta bukannya mencari seseorang yang
"SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang
yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU !"
bila kau tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan
bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan kau sentuh hidup seseorang
bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang
bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yg dilakukan ialah
membuat seseorang jatuh cinta,
sedangkan kau tidak berniat langsung
"UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI...
Sakit... luka… hancur.. patah hati...
bertahan selama kau menginginkannya
dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya.
Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,
tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati
sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta?
Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus.
Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil.
Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna
tidak boleh meminta apa2.
Bersedialah untuk terluka dan menderita,
 tetapi jangan simpan semua rasa sakit
jika itu yang benar2 dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat orang yang kau cintai
berbahagia dgn org lain,
tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui
bahawa orang yang kau cintai ternyata
tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda
putuskan hubungan dengan seseorang.
Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang
memutuskan hubungan dengan mu.
Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila
Orang yang kau cintai langsung tidak
mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan......

MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...
Hal menyedihkan dalam hidup ialah
bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.
Kemudian akhirnya menyedari bahawa
dia bukanlah jodohmu dan kau telah
mensia-siakan masa bertahun-tahun
untuk seseorang yang tidak layak.
Kalau sekarang dia sudah tidak layak,
10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak.
Biarkan dia pergi dan lupakan..

Penulis: Hanya cinta pada yang Maha Esa.

Biar kan CINTA itu pergi ....

Ya ALLAH,Seandainya telah KAU catat,Dia milikku,tercipta untukku,Dekatkanlah dia padaku,Satukan hatinya dengan hatiku,Titipkan kemesraan antara kami,Agar kebahagiaan ini kekal abadi.

Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih,Seiringkanlah kami dalam melayari hidup,Ke tepian yang sejahtera. Tetapi Tuhanku,Seandainya telah Engkau takdirkan,Dia bukan milikku,Bawalah dia jauh dari pandanganku,Luput dari ingatanku,Dan peliharalah diriku dari kecewa.

Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti,Berilah diriku kekuatan,Melontar bayangannya ke dada langit,Hilang bersama senja merah,Dan gelap pekat malam,Agar aku rasa bahagia,Walaupun tanpa dirinya.

Dan Tuhanku Yang Tercinta,Gantikanlah yang telah hilang,Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.Meskipun tiadakan sama dengan dirinya.Seandainya dia datang menemuiku & Cinta itu adalah cinta yang sejati dan suci,Seandainya dia pergi dan tiada menemuiku & anggaplah cinta itu tidak wujud dari awal lagi.

Ya Allah sesungguhnya aku mendambakan cinta hambaMu yang turut mencintaiMu sedalam dalamnya..Tapi yang pasti JODOH adalah rahsia Allah, kita MERANCANG dan Allah pun turut sama merancang..cuma kadang-kadang aku TAKUT dengan RENCANA Allah..Sebab apa?

Sebab aku TIDAK PERNAH tahu apa yang bakal berada di hadapanku kelak, dan apa PENGAKHIRAN yang Allah inginkan buatku, buat hidupku..tiba-tiba hati berbisik, sebenarnya perancangan Allah mengatasi perancangan kita sendiri.

Buat apa terlalu memikirkan sangat.kita LALUILAH kehidupan seperti biasa..permulaan itu bermula dari kita, dan pengakhiran itu akan Allah TENTUKAN kelak..BERDOALAH semoga PENGAKHIRAN itu adalah sama seperti yang dirancangkan dan yang TERBAIK dalam hidup kita. Aminnnn... ;)

 aminnnnn

.img {filter:alpha(opacity=100); -webkit-transition-duration:.5s; -moz-opacity:1.00; opacity:1.00;} img:hover {filter: alpha(opacity=100); opacity:1.00;} .img:hover {filter:alpha(opacity=60); -moz-opacity:0.6; opacity:0.6;}