Jangan Membanding Beza Kekasih Baru Dan Lama Yang Kau Ada . Tidak Adil Dan Kau Akan Kecewa .

Salam hujung minggu semua.
Aku bertambah baik keadaan diri.
Terima kasih atas doa yang dititipkan.
Biasanya hari kedua demam aku sudah tidak perlukan bekalan dadah. *i mean PANADOL* 
Biasanya begitu.
Diam.

Tarik nafas.
Lewat pagi tadi menerima panggilan dari seorang teman wanita yang juga penulis blog.
Alhamdulillah, tubuh aku sudah boleh bangun dan kepala sudah boleh menerima isyarat dengan baik semula.
Semalam terlampau teruk, untuk kali pertama tahun 2011.
Abaikan.

Dia : Awal bangun?
Aku : Dah terbiasa, kau pun bangun awal?
Dia : Aku tak tidur.
Aku : Eh, kenapa?
Dia : Risau kau sakit.
Aku : Eh, macam tu pula?
Dia : (ketawa) Kata sayang kawan?
Aku : Macam-macam kau. Jadi, romantiklah telefon aku pagi-pagi begini?
Dia : Aku dengar lagu di radio, sangat terasa dalam hati. Itu yang aku telefon.
Aku : Oh, mahu kongsi?
Dia : Sangat-sangat, aku perlukan nasihat. Mahu tulis di blog aku, nanti orang kutuk pula.
Aku : Tulis di blog aku?
Dia : Aku tak kisah.

Walaupun mungkin tiada kena mengena, aku suka gambar ini. [Penghargaan]

Bila sakit, kekasih lama beri perhatian tetapi kekasih baru langsung tidak ambil kisah.
Aku ketawa bila dia cakap tentang ini. Sudah aku mengingatkan, jangan pernah membandingkan mana-mana manusia yang wujud dalam hidup. Tidak akan sama walaupun hakikatnya mereka punya jantina yang sama. Sikap tentunya tidak akan bertindan antara satu sama lain.

Dia : Kalau kekasih lama aku, aku cakap aku sakit, dia terus suruh aku makan ubat, pergi klinik semua.
Aku : Yang baru?
Dia : Langsung tak tanya khabar aku. Aku sakit pun dia tak tahu agaknya.
Aku : Dia nak kau berdikari.
Dia : Ini caranya? Aku rasa diabaikan.
Aku : Itu mungkin cara dia, kau kena pastikan.
Dia : Geram aku.
Aku :  Tetapi masih bersama kan?
Dia : Ah, dia pelik.

Bila sedih, kekasih lama akan sentiasa pujuk tetapi kekasih baru akan buat tidak endah.
Bukankah dua manusia itu tidak akan sama?

Dia : Aku sedih.
Aku : Sedih kenapa?
Dia : Bila aku telefon dia tak jawab, aku hantar SMS dia tak balas.
Aku : Dia sibuk tu.
Dia : Kalau kekasih lama, bila hal camni jadi, dia akan terus hubungi aku semula.
Aku : Dah kata lain orang lain caranya.
Dia : Sayangnya yang baru ini, kalau hantar pesanan pagi, malam nanti baru balas. Kalau merajuk pun tak guna.
Aku : Kenapa?
Dia : Sebab aku kena pujuk diri sendiri.
Aku : (ketawa)

Kekasih lama itu kenangan silam, kekasih baru itu masa sekarang.
Sejauh mana kau mengenangkan kekasih lama, dia hanya bayangan silam. Kenangan boleh diingati tapi jangan sampai menyakiti atau membunuh perasaan yang tumbuh dalam diri. Betapa sakit memulakan kehidupan baru semula, itu yang perlu diingati, bukan semata-mata yang indah sahaja.

Teman, aku pernah lihat kau jatuh dan bangun semula.
Payah bukan?
Kau juga pernah lihat aku lalui itu semua.
Sakit bukan?
Maka, bercakap atau bertindak ikut pengalaman wahai teman.
Aku tidak mahu kau melukai dan menyakitkan hati sendiri dan manusia yang kini kau  bersama.
Jalan cerita telah kau pilih dan sila berada di dalamnya dengan tabah dan penuh ceria.

Jangan pernah membandingkankan yang lama atau baru. Tidak akan membawa kebaikan kalau terus begini. Aku tidak mahu lihat satu lagi siri penderitaan yang tidak bertepi. Jadilah manusia yang memahami, jika perlu. Jadilah manusia yang berfikiran terbuka, itu aku tahu kamu boleh.

Nota Kaki :
1. Kepala masih pening dan terasa mahu muntah.
2. Kecil hati dengan kawan lagi. Ah, abaikan sahaja, dia memang begitu. 
3. Tiada selera makan.
4. Pemikiran kosong.

""
B Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sue ! Like Kalau Suka ! B

No comments:

.img {filter:alpha(opacity=100); -webkit-transition-duration:.5s; -moz-opacity:1.00; opacity:1.00;} img:hover {filter: alpha(opacity=100); opacity:1.00;} .img:hover {filter:alpha(opacity=60); -moz-opacity:0.6; opacity:0.6;}